Progress 1: Sunnah dan Hafalan


Untuk memulakan sesuatu perkara memang sukar dan yang paling sukar adalah untuk tetap konsisten (istiqomah) dalam beramal.

Kenapa demikian???

Setelah mencuba tahun ini untuk menghafal quran sekurang-kurangnya 5 surah yang melebihi 30 ayat pada tahun ini, yang boleh aku simpulkan adalah aku Belum berjaya walaupun sebuah surah namun InsyaAllah akan terlaksana sebelum 01hb Januari 2015.

Komen cuma satu usaha belum memadai.

Perkara yang paling mencabar adalah mengubah gaya hidup. Yakinlah bahawa hidup berlandaskan sunnah adalah pilihan yang tiada duanya.  Namun berapa ramai manusia Islam yang dibesarkan dalam cara hidup sunnah?? Aku bukanlah insan pilihan.  Sunnah itu meliputi dari bangun tidur sehingga melelapkan mata semula untuk dihidupkan kembali pada keesokkan harinya. Apa yang aku lakukan.
1.  Senaraikan perkara-perkara sunnah yang perlu dilakukan setiap hari.  Contoh tatacara bangun tidur dan doanya, beralih dari menggunakan berus gigi kepada bersugi menggunakan siwak, makan dan minum sehinggalah kembali untuk tidur semula.
2.  Pilih beberapa sunnah untuk melatih diri sehingga benar-benar menjadi kebiasaan sebelum mempraktikkan sunnah yang seterusnya.  Di sini aku memulainya dengan cara bangun dari tidur seperti:-
- menghafal bacaan doa dan maksudnya, kemudian melazimkan menyapu wajah, cara bersugi dan mengambil wuduk dengan baik, solat tahajud dan solat subuh diawal waktu. Oh ya, untuk menjaga kesihatan minum air dengan tertib sebelum dan selepas bangun tidur.
3. Membaca quran sehelai untuk sehari.  Mula-mula selalu terlepas.  :) sehelai pun sukar. Ini benar-benar malas.  Penyelesaiannya aku baca tafsir, mula-mula 2 atau 3 lembar bila selalu baca tafsir rasa rugi sangat tidak baca Quran.  Alhamdulillah berjaya digandakan kepada 2 hingga 5 helai sehari malah tafsir 1 surah untuk sehari.  Kadang aku terlepas juga tapi Alhamdulillah dapat diqadhakan. Apa yang aku boleh kata tips apapun dibaca hakikatnya kena kenal kemampuan diri.  Buat ikut kemampuan dan yang paling penting jangan terlalu memaksakan diri. Semua bermula dengan niat dan kebiasaan.  Nak dapat Jalan Yang Lurus, niat kena lurus dan ikhlas baru boleh jalan. Jika sudah biasa bangun dan buat tapi datang sifat malas jerit "A uzu billahi minassyaitani rajim" 3 kali.  InsyaAllah.
4.  Kena buang sikap malas belajar quran.  Belajar Quran kena berguru.  Cari yang benar tajweednya dan lagi baik guru yang boleh faham maksudnya.  Aku belajar sejam untuk 3 hari seminggu.  Tipu kalau aku kata aku suka pergi kelas mengaji malah lebih dashyat mengantuk tengah belajar ngaji, lebih-lebih bila dengan geng ngaji tidak lulus baca berulang kali.Walhal diri sendiri tiada beza :) jangan-jangan masa aku baca orang lain pon ngantuk juga.  Nampak sangat banyak dosa.  Jadi aku mula bagitau diri niat kena ikhlas ngaji sebab apa?  Kadang aku tambah alasan lain misalnya aku pergi sebab nak ngaji dan nak jadi geng dengan guru :)
Tu pun masih terlepas tidak hadir kelas. Jarang-jarang ya.
5.  Zikir.  Untuk ini mula-mula pening kepala setiap apa yang dilakukan (amal) ada zikirnya (doa).  Nak hafal memang sukar semua dalam bahasa arab.  Jadi beli buku zikir yang mana diutamakan zikir yang terdapat dalam hadith sahih dahulu.  Wah! kalau nak amal semua memang susah.  Amal zikir pagi petang.  Kemudian rujuk zikir yang paling diutamakan.   Jika diikutkan setiap saat pun hendaklah berzikir.  Tapi aku tidak mampu.  Buat bila ingat.  Kadang kala rasa tak ikhlas sebab takat sebut tak sampai rasa dihati.  Ini aku panggil latihan.  Bila teringat dan buat dengan ikhlas, sebut dengan betul.....Subahanallah walaupun ringkas tapi sangat mengesankan berilah masalah apapun hati sangat tenang.
5.  Sebenarnya banyak lagi tapi buat masa ini simpan dalam hati dan kotak ingatan dulu..........

Berdasarnya yang aku usahakan walaupun belum sempurna malah kadang kala datang penyakit malas dan lupa namun aku yakin akan dapat mencapai misi menghafal 5 surah.  InsyaAllah.
Secara amnya aku boleh katakan jika berniat untuk menghafal Quran seeloknya cuba terapkan sunnah dahulu untuk memudahkan hafalan.  Barangkali ada yang beranggapan ia tidaklah begitu berhubung kait.  Jangan lupa panduan menghafal adalah dengan tertib (tip dan panduan yang ni boleh rujuk banyak sumber bacaan), namun tertib yang paling profesional adalah dengan cara sunnah yang diamal dengan niat yang baik (ikhlas semata kerana Allah) agar usaha (cara) untuk memperolehinya senantiasa berada dijalankan yang lurus (profesional) dan hasilnya (hafalan) InsyaAllah lebih berkualiti (diberkati).  InsyaAllah.

"Ya Allah Engkau tunjukkanlah aku jalan yang lurus, berilah aku ilmu yang bermanfaat, jadikanlah aku orang yang faham dan beramal dengannya.  Ya Allah bimbinglah aku janganlah Engkau membiarkan aku menentukan nasib diriku sendiri tanpaMu Ya Allah.  Kasihanilah aku Ya Allah aku berlindung daripada menjadi insan mulia di dunia tapi hina di akhirat"

 Progress 1:  dah boleh hafal surah pendek.  bermula dengan 10 surah utama, kemudian 10 surah pendek tambahan, Yassin (adalah dalam beberapa ayat).  InsyaAllah 5 surah sebelum tahun 2014 melabuhkan tirainya.