Aku suka suka sangat dengan ayat "Idhi Nos Shi Ro thol mustaqim" yang terkandung dalam surah Al Fatihah. Entah mengapa aku berasakan bahawa Allah sedang memberitahuku untuk terus mencari dan teguh berada dijalanNya. Tapi bagaimana ??? Di mana harus bermula? Kadang aku dah buat sesuatu baik yang aku rasakan Insyaa Allah akan mendapat pahala disisinya tetapi rasanya seolah-olah ada sesuatu yang masih kurang.
Kupasan Imam Suhaib Webb dalam Reflection di TV al-Hijrah berkenaan dengan kaitan surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah, benar-benar menjawab persoalanku selama ini.
Di dalam Surah Al- Fatihah;"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
Dijawab dalam Surah al-Baqarah;
"Dzalik kal Kitabul Laroi Ba fi"
Kenapa "Dzalik" bukan "Haza". Jika dilihat dari sudut nahu bahasa Arab maka "Haza" lebih sesuai digunakan kerana al-Quran itu berada di hadapan pembacanya.
tetapi Allah menggunakan "Dzalik" untuk menunjukkan maqamnya (kehebatannya) di mana kitab itu (Quran) bukan hanya berada dihadapan untuk dibaca tetapi hati haruslah dihadirkan.
Justeru bagaimana untuk menghadirkan hati?
dengan ILMU
Bagaimana untuk mendapatkan ilmu?
dengan menfokuskan kepada AMAL
Bagaimana untuk beramal?
dengan ADAB
Peringatan untuk diri.....Ilmu tanpa Amal=Cakap O , Amal tanpa Adab (tertib)=Negatif - (Rugi)
Tips ketika membaca Quran;
1. Wuduk
2. Doa
3. Menghadap ke kiblat
4. Membayangkan membaca Quran dihadapan Allah S.W.T. (Ya Allah! baca dihadapan guru saja sudah gugup. kalo baca sendiri berlembar-lembar boleh. tapi kalo baca depan guru sehelaipun susah nak abis. coba bayangkan baca dihadapan Allah)
*kena cari dan gali lagi tafsir untuk surah al-fatihah dan al-baqarah.
bersambung......