Belajar untuk mengenal Tuhan

Aku mengaku mengenal Tuhanku...ALLAH.  Malang  tidak dapat merasai nikmat yang sesungguhnya. Bagaimana tidak ?  Sebut namaNya yang agung sahaja salah.  Ya ALLAH maafkanlah hambamu, perbaikilah diriku dan Engkau permudahkan aku mempelajari kalamMu.

Ini kesalahan ketika hari pertamaku mengenal ilmu tajweed.  Sebenarnya hampir semua huruf salah sebutan dan mahrajnya. Setelah mengikuti kelas, yang bertanda merah itu masih tidak dapat diperbetulkan.  Serius cakap, sesiapa yang kata boleh belajar melalui Quran online, mobile Quran atau beli Digital Quran yang ada Pen dan terjemaahan itu semata-mata sudah cukup  untuk memperbetulkan bacaan.  Ya betul.... tapi tipu.... semua itu sekadar alat bantuan atau sokongan sahaja.  Hal yang lebih utama, asas (tajweed) kena betul dan hanya insan yang punya akal yang mampu untuk respon nak bagitau kita betul atau salah.  


Ingin mengenal Tuhanmu maka wajib membaca KalamNya dengan ILMU.  Inshaa Allah aku akan membacanya dengan tartil dan Inshaa Allah akan cuba untuk memahaminya meski hanya dengan terjemaahan.