Hari ini aku menyedari yang aku semakin tertarik dengan sesuatu yang bersifat instant dan simple. Wal hal dalam banyak perkara yang sangat berguna tiada jalan pintas untuk menjadi lebih baik. Aku seorang yang cenderung kepada informasi tapi sepi penghayatan dan amal.
Proses penting dalam pembelajaran. Ini yang aku benar-benar insafi pada hari ini. Begitu banyak maklumat yang aku cari, baca, cetak dan difailkan tetapi mengapa masih begitu sukar untuk diluahkan. Aku dah baca tentang ilmu shahadah, solat dan seumpamanya tapi bila nak menukilkannya terasa 'kaku' hilang punca nak bermula di mana? Aiseh! macam mana nak post entri.
"Faham kalimah syahadah yang sesungguhnya", "solat 5 waktu dengan penuh keikhlasan" itulah diantara azamku ketika post pertama diblog ini dinukilkan. Inshaa Allah progresku ke arah itu akan kupaparkan diblog ini. Namun GAGAL, GAGAL dan GAGAL lagi, lagi dan lagi. Sungguh ini bukan kegagalan kerana kurang paparan ilmu dan informasi. GOOGLE, KEY IN dan SEARCHING atau apapun namanya sehingga aku lupa berpijak di alam realiti. GAGAL memahami akarnya.
Seumpama sepohon pokok yang berbuah.......Idamkan buahnya, kenal pada rupa sang batang, ranting dan daun, terpikat pada si bunga yang menawan TAPI lupa pada akar dan benihnya. Entah benar-benar lupa atau enggan mengambil berat pada akar yang mencari rezeki yang tidak terzahir dipermukaan. SOMBONGkan. Pura-pura tahu tapi sebenarnya ?????
Sabda Rasulullah SAW;
"Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka) tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepadanya iaitu Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya"
ALHAMDULILLAH hari ini seolah-olah doaku didengari meski belum dimakbulkan. Kelas mengaji pertamaku. Semoga menjadi malam yang penuh keberkatan. Alif Ba Ta..........................
Jom belajar dengan ahlinya bukan sekadar baca tanpa rasa, faham tanpa soal, percaya tanpa ilmu, yakin tanpa amal.
Jom belajar dengan ahlinya bukan sekadar baca tanpa rasa, faham tanpa soal, percaya tanpa ilmu, yakin tanpa amal.
"Practice make perfect, Inshaa Allah"